Kamis, 09 Mei 2013

PAKU BUMI UNTUK MENANGKAP MUSUH

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Segala Pujian Hanya BagiNYA Sebanyak Bilangan CiptaanNYA Sejak Azali.
Maha Suci DIA Dari Sifat Yang Lemah Lagi Kekurangan.
Maha Besar DIA Dengan Segala Kebesaran dan KeagunganNYA.
Tiada Sesuatupun Setara DenganNYA.

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW Dan Isteri-Isteri Baginda SAW dan Sahabat-Sahabat Baginda SAW Beserta Ahlul Bait.

Paku Bumi

ROBB-BIN-NA-JI-NI-MI-NAL-QOU-MIZZ-ZO-LI-MIN
SHOM-MUN-BOK-MUN-UM-YUN-FA-HUM-LA-YA-TA-ZAK-KA-RUUN.
WA-JA'AL-NA-MIM-BAI-NI-AI-DII-HIM-SAD-DAU-WA-MIN-KHOL-FI-HIM-SAD-DAN-FA-AR-SYAI-NA-HUM-FA-HUM-LA-YUB-SIIRUUN.  (Yasin Ayat 7)

Mula mula mahulah mengelilingi tempat yang di syakki mempunyai musuh seperti dalam rumah, ladang dan sebagainya, maka pada masa itu mahulah membaca 7 kali (tujuh) beserta serapah didalam bahasa melayu yakni :-

Bergerak tujuh petala langit dan bumi, baharulah engkau bergerak dari ku.

Setelah itu, arahkanlah orang orang menangkap musuh tersebut.

Wallahu'alam.

Rabu, 08 Mei 2013

Pendinding Peluru



Ayat ini dikatakan boleh memesongkan peluru peluru daripada mengenai tubuh badan kita. Ayatnya ialah :-


WA-MA-RO-MAI-TA-'IZ-RO-MAI-TA-WA-LA-KIN-NALLAH-HA-RO-MA.

Ada Bermacam petua untuk mengamalkan ayat diatas;

a) Lazimkan mengamalkan selepas Solat (mana2 Solat Fardhu)

b) Membacakannya semasa mandi, dimana meratakan air mandian ke seluruh tubuh badan dimana dahulunya diamalkjan semasa mandi sungai.

c) Membacakannya sebanyak bilangan ganjil lalu diludah ke tapak tangan lalu disapukan keseluruh tubuh badan sambil tasdiq dan makrifat ada suatu pendinding meliputi tubuh badan yang memencungkan peluru puluru dari menyentuh badan.

d) Membaca semasa kecemasan seperti semasa rompakan atau tugasan seperti Polis dan Tentera.

Bertemu Musuh Yang Banyak




Jika berhadapan dengan lebih dari seorang musuh, maka hendaklah membaca ayat dibawah :-

KAM MIN FI 'A TIN FA LIY LA TIN NGRO LA BAT FI 'A TAN KA SHI RO TAN BI IZ NILLAH

IN NALLAH HA MA 'ASD SHO BI RIN LA TA KHAF WA LA TAH ZAN INNALLAHHA MA 'A NA ( 1)

Nota:- 'A dibaca dengan bunyi huruf 'Ain
           SHI dibaca bunyi huruf SHAD
           NGRO dibaca dgn bunyi huruf NGRO
           'ASD dibaca dgn bunyi huruf SHAD
           
Insyallah. Saya akan usahakan asal dalam bahasa Quran.

Pertanyaan Pertanyaan




Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Isteri-Isteri Baginda SAW, Sahabat-Sahabat Baginda SAW dan Ahlul Bait.

Segala Pujian Hanya BagiNYA Sebagaimana Selayaknya DIA Memuji Diri NYA Sendiri.

Jika sekiranya pembaca ada pertanyaan dan soalan, sila hantarkan ke email ilmukebatinanmelayu@gmail.com kerana email blog ini terlalu banyak dengan berkaitan dengan pekerjaan saya, maka dengan ini segala pertanyaan boleh di ajukan ke email tersebut.

Sayugai di maklumkan, semua amalan amalan berteraskan Ayat Ayat Al Qur'an dan Doa Doa adalah dibenarkan diamalkan oleh sekelian pembaca selagi ianya berniat mempertahankan Islam, Bangsa Dan Negara.

Manakala yang beramalkan untuk pertahanan diri sendiri dan keluarga juga dialu-alukan, hanyasanya berlandaskan Syariat dan Hukum Hukum seperti didalam Sunnah Wal Jamaah.

Sementelahan, jauhi dari golongan yang menentang perpaduan sesama Islam dan musuh musuh Islam yang mempergunakan orang orang melayu sendiri untuk kemusnahan di sebalik wajah dan lidah yang manis.

Taat kepada Raja Raja Melayu dan Pemerintah, Mufti, Ulama2 bebas politik seperti Ulama2 Pondok, pokoknya teras dan pendirian ialah memelihara kepentingan Islam dan Melayu diatas semua perkara.

Wallahualam.

Kamis, 02 Mei 2013